Wednesday, August 29, 2007

Alamat yg baik...

hari nih memang menggimberakan aku... nak tahu sebab ape..nyeh3.. kejap lagi aku bongkarkan..

sepanjang arinih aku takde kelas.. aku bangun pun agak lambat la sikit.. tiba2 rumet aku sampaikan berita kate ade kelas... aku baru bujet nak wat assignment.. so tterbengkalaila assignment aku kalau aku pegi kelas.. idea aku ingat nak tuang kelas pegi buat kat library.. tapi tahh kerna nafsu malas aku ni... klas tak pegi assignment tak buat... assignment tu pun lepas budak2 balik kelas baru aku buat.. sbb ingat nak hantar seblum kul 4. dalam kul 3:30 dah siap dah.. tapi aku mesej lect tu die kata anta esok je.. mmg line klear laa.. lagi aku tangguh wat keja.. sbb tinggal lagi sikit je.. cam kena lukis 2 dan buat graf.. aku mmg kureng sikit..

petang tuh pulak aku ade perarakan merdeka... dahla aku datang lambat.. then aku tetrnampak sorang junior aku.. mmg cumel tahap cipan.. aku dah lama target awek nihh... terpandang plak die.. die berarak skali ngan skuadron delta.. skuadron aku la tuu.. so aku pun bingkas la berlari masuk perarakan tuhh.. sbb junior tu ade dlm skuadron aku.. tak tahu lak die nih satu skuadron ngan aku... whuuuuuuuuu...lepas berarak tuh ade acara tarik tali... aku pun terlibat tak pasal2 untuk meriahkan majlis... sebelumm tarik tali tu mmg aku punya keja ushar die je.. pastu pskan aku dipanggil untuk tarik tali.. first game dah kalah.. second pun sama... haprak gile aku.. buat malu jee... kui3.. tapi takpe kalah game tapi buat bodoh sbb aku main pun just 4 fun...

dah abis main tu aku tnampak la die.. tengah lepak2 kat kaki lima.. then kami sume kena turun padang tengok tarik tali laa ade final.. aku tengok die ngan budak2 die je.. aku pun mulekan la ayatt aku... tapi takleh cite aa kat sini.. dah lama skit sembang tetiba membe2 aku datang jerit woooooooooowooooooooooooo kat blakang aku ngan die... mane tak segan budak ni.. aku pegi sound budak2 aku.. time aku nak minta no la dia datang jerit.. panas aku.. chipan tull..

dah abis majlis aku pegi skali gi.. kali ni ngan lebih gentleman laa... konon.. tryla minta no phone dia... dia pun cam ok jee.. aku pun tanpa teragak2... habis selamba....
thank u 4 my brave.. n i got it at last after 3 month ushar die... huahuahuahuahua


ok.. ittu je aku nak cite...... dahla sikit2.. yg len tak penting pun..

Tuesday, August 28, 2007

aku punya cerita

ini cerita pasal seorang budak lelaki yang bernama x.. dia tidak lah kacak tidak juga pandai seperti kawan2nya yang lain dlm kelas.. biasanya dia seorang yang diam... sebenarnya dia bukanlah seorang yang berperangai sedemikian... dia melangkah ke dunia untuk memperbetulkan apa yang telah berlaku kepada dirinya akibat dari sikap tidak bertanggungjawab ayahnya... mukanya selalu berkerut kerana tiada kasih sayang dari ayah...

yang dah berlalu biarkan berlalu... mmg betul.. tapi perkara ini sperti satu trgedi kepada x.. kerana dia perlukan seorang ayah untuk mendidik mengajarnya sembahyang.. membetulkan benda yg salah.. mengajar apa yg patut buat dan tak patut buat... tapi langit tak selalunya cerah... ketika kecil lagi x kekosongan tanpa kasih sayang ayah... tika budak2 lain yang sebaya x tengah berseronok bersama keluarga tapi x tetap sama sahaja hidupnya...

x berjaya di dalam sekolah rendah dan memasuki alam sekolah menengah dan sekolah berasrama... tapi x berasa dirinya tidak sesuai kerana menganggap dirinya agak pelik berbanding rakan2nya yang lain..
lalu x berpindah ke sekolah harian biasa dan menjalani kehidupan seharian bersama abang dan ibunya di negeri yang terletak di utara tanah air... selepas ibunya berpindah ke temptta baru itu... hidupnya lebih tenang dan tidak terfikir pun masalah yang berlaku... tapi abang x pula yang ketika itu baru sahaja tamat tingkatn 5 dan cuba mencari duit sendiri di pulau pinang meninggal dunia dalam kemalangan.. memang tidak disangka.. satu tpersatu masalah berlaku kepada x... sudahla ayah membawa diri ini abangnya pula dipanggil ilahi.
setelah ketiadaan abangnya x lah yang menjadi ketua keluarga... intan permata kepada keluarganya... semua mata sekarang hanya terarah kepadanya
.. beban x sekarang bertambah2 dan dia nekad untuk berjaya dalam peperiksaan spmnya dan masuk ke universiti... hanya xlah harapan keluarganya... tapi x tenang dan tidak menggelabah...

x bernasib baik lagi kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang tidaklah secemerlang 10A1.. tapi cukup baginya untuk melanjutkan pelajaran di ipta di malaysia... x kemudiannya apply masuk ke matriks dan berjaya... seronoknya mak x tidak terkata kerana graduan matrikulasi yang lulus pasti akan memasuki universiti... tapi x membuat haluan nya sendiri... memilih jalan yang terbaik untuk dirinya dan masukkan dirinya ke akademi tentera yang terletak di ibu kota.... x telah melepasi segala ujian dan berjaya memasuk ke dalam tentera.. dia telah ditawarkan khusus yang baik dan servis yang meyakinkan baginya untuk bekerja selepas bersara dari askar kelak..

sekarang inilah dia dia telah berani menentukan hala tuju dirinya dna membaca buku kehidupan yang diciptanya sendiri berdasarkan pengalaman dan apa yang dipelajari semasa beliau hidup...

Monday, August 27, 2007

hi... malas betul aku nak buat blog nihh.. bukan sbb ape faktor2 yang buat aku malas:
internet so slow.. aku plak bz... aku benci kalau orang tengok aku menaip... bapak rude gile.. aku malas nak upload gamba.. tapi kalau dah ade kena plak ade komitmen.. sehari 10min ke20min kena update... arghhh... aku tak nampak plak kebaikan nye.. just nampak ade community dalam blog nih meluas jugak laa... ok gak tu.. not bad.. hope blog this time bleh hidup lama lagi kut berbanding ytang lame2...

n suprisely aku dah ade friends among blogger: bukan biase punya blogger tapi dah bertahun2 terbabit dlm bidang nii... nak aku kenalkan takyahla kut.. poyo jer


ade faktala mengatakan blog kat mesia dan singapura antara yg tertinggi di dunia.. iye ke... nanti aku tanya cia...