ini cerita pasal seorang budak lelaki yang bernama x.. dia tidak lah kacak tidak juga pandai seperti kawan2nya yang lain dlm kelas.. biasanya dia seorang yang diam... sebenarnya dia bukanlah seorang yang berperangai sedemikian... dia melangkah ke dunia untuk memperbetulkan apa yang telah berlaku kepada dirinya akibat dari sikap tidak bertanggungjawab ayahnya... mukanya selalu berkerut kerana tiada kasih sayang dari ayah...
yang dah berlalu biarkan berlalu... mmg betul.. tapi perkara ini sperti satu trgedi kepada x.. kerana dia perlukan seorang ayah untuk mendidik mengajarnya sembahyang.. membetulkan benda yg salah.. mengajar apa yg patut buat dan tak patut buat... tapi langit tak selalunya cerah... ketika kecil lagi x kekosongan tanpa kasih sayang ayah... tika budak2 lain yang sebaya x tengah berseronok bersama keluarga tapi x tetap sama sahaja hidupnya...
x berjaya di dalam sekolah rendah dan memasuki alam sekolah menengah dan sekolah berasrama... tapi x berasa dirinya tidak sesuai kerana menganggap dirinya agak pelik berbanding rakan2nya yang lain..
lalu x berpindah ke sekolah harian biasa dan menjalani kehidupan seharian bersama abang dan ibunya di negeri yang terletak di utara tanah air... selepas ibunya berpindah ke temptta baru itu... hidupnya lebih tenang dan tidak terfikir pun masalah yang berlaku... tapi abang x pula yang ketika itu baru sahaja tamat tingkatn 5 dan cuba mencari duit sendiri di pulau pinang meninggal dunia dalam kemalangan.. memang tidak disangka.. satu tpersatu masalah berlaku kepada x... sudahla ayah membawa diri ini abangnya pula dipanggil ilahi.
setelah ketiadaan abangnya x lah yang menjadi ketua keluarga... intan permata kepada keluarganya... semua mata sekarang hanya terarah kepadanya
.. beban x sekarang bertambah2 dan dia nekad untuk berjaya dalam peperiksaan spmnya dan masuk ke universiti... hanya xlah harapan keluarganya... tapi x tenang dan tidak menggelabah...
x bernasib baik lagi kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang tidaklah secemerlang 10A1.. tapi cukup baginya untuk melanjutkan pelajaran di ipta di malaysia... x kemudiannya apply masuk ke matriks dan berjaya... seronoknya mak x tidak terkata kerana graduan matrikulasi yang lulus pasti akan memasuki universiti... tapi x membuat haluan nya sendiri... memilih jalan yang terbaik untuk dirinya dan masukkan dirinya ke akademi tentera yang terletak di ibu kota.... x telah melepasi segala ujian dan berjaya memasuk ke dalam tentera.. dia telah ditawarkan khusus yang baik dan servis yang meyakinkan baginya untuk bekerja selepas bersara dari askar kelak..
sekarang inilah dia dia telah berani menentukan hala tuju dirinya dna membaca buku kehidupan yang diciptanya sendiri berdasarkan pengalaman dan apa yang dipelajari semasa beliau hidup...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment